Utama
 

Menu Utama
Utama
Maklumat Setempat
Komuniti
Sosio Ekonomi
Infrastruktur
Galeri Foto
Pautan
Carian
Hubungi Kami
Kalendar
Jam




 

Terakhir Dikemaskini
 May 25, 2010, 5:30 pm 
Terbaru Dikemaskini
Waktu Solat
Undian
This Joomla! installation was ....
 
Statistik Pengguna
Lawat Semalam: 12
Lawat Hari Ini: 5
Jumlah Lawat: 5013

 
Sejarah

 Sejarah Daerah Kinabatangan

Image

Image

Daerah Kinabatangan terletak di kawasan pantai timur Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Dengan keluasan lebih 600 ribu hektar, ia merupakan daerah terbesar di Malaysia menyamai keluasan negeri Pahang di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan laut timur dan barat silam menjadikannya singgahan kerajaan-kerajaan awal di Tanah Besar Asia.

Adalah dipercayai bahawa Laksamana Cheng Ho pernah menyusuri sungai Kinabatangan pada awal kurun ke-15, untuk memperolehi sarang burung yang mudah ditemui di Kinabatangan. Mengikut sumber "Buku Sejarah Tanah Air" pula, Kinabatangan pernah dikunjungi kerabat Maharaja China pada awal kurun ke-16. Beberapa tempat seperti Sukau, Bilit dan Mumiang dikatakan berasal dari bahasa Cina.

 

 

Image

 

Lagenda Kinabatangan menyebut tentang sekumpulan orang Cina yang menyusuri kuala sungai menggunakan batang-batang kayu balak. Kosa kata ‘Cina’dan ‘Batang’ ini telah mencetuskan sebutan ‘Cinabatangan’ yang merupakan nama asal daerah ini. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menggantikan sebutan ini kepada Kinabatangan. Sungai Kinabatangan yang mengalir sepanjang 560 km merupakan sungai yang terpanjang di Sabah. Sungai ini menjadi sumber rezeki utama suku kaum Sungai, suku kaum majoriti di daerah ini. Mereka turut mengenali Kinabatangan sebagai ’Tawoi Marato’ yang bermaksud ‘sungai yang panjang’ dalam bahasa Idahan.
Kaum Dusun yang tinggal di Ulu Kinabatangan mengenali Sungai Kinabatangan sebagai ’Sungai Millian’. Daerah Kinabatangan telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam sejarah kewujudannya. Menurut sumber tertentu, Kuala Kinabatangan mula berkembang selepas diduduki oleh kaum Sungai, Suluk dan Simunol sebelum 1881. Syarikat Berpiagam Borneo Utara secara rasminya menjadikan Kinabatangan sebagai daerah pentadbiran pada 1905. Pusat pentadbiran pada ketika itu adalah di Lamag. Pemindahan pusat pentadbiran ini ke Bukit Garam dan akhirnya ke pekan Kota Kinabatangan ekoran banjir yang sering melanda.

ImageImage

Pendudukan tentera Jepun sekitar tahun 1943 hingga 1945 menyaksikan perjuangan penentangan Sheikh Mutanna, seorang pedagang Arab yang bermastautin di Kuala Tongod. Beliau yang berketurunan Arab telah mengahwini wanita suku kaum Sungai.

 

Sumber dari laman web hospital daerah Kinabatangan…

 

 

Sejarah Kampung Paris 1 

Menurut sumber tempatan, asal usul Kampung Paris bermula pada tahun 1976. Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas 1 iaitu Hutan Simpan Koyah dan Hutan Simpan CJS Sundang yang terdapat di Daerah Kinabatangan. Dalam tahun tersebut, seramai 10 orang penduduk tempatan yang diketuai oleh Tuan Haji Tujoh (Ibrahim) Bin Silabi telah membentuk satu Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) bagi membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Sabah mengenai pembukaan kawasan penempatan baru untuk penduduk tempatan di kawasan tersebut. Berpandukan BUKU MERAH KAMPUNG NEGERI SABAH pada waktu itu, Jawatankuasa ini telah memulakan mesyuarat kali Pertama pada 23 April 1977.

Dengan keluasan sebanyak 3,000 ekar (fasa 1) dan populasi penduduk hanya seramai 145 orang , JKK telah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pemerintah Kerajaan Negeri Sabah pada waktu itu untuk membuka penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Paris. Kampung Paris secara rasminya telah dibuka pada 15hb Jun 1977 dan telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Merangkap Pegawai Daerah pada masa itu iaitu Encik Mohd. Zinin, dengan kerjasama Pegawai Pembangunan Masyarakat N29 Sukau, En. Sairin Moyang. 

Nama Kampung Paris adalah merupakan ilham daripada isteri Pengerusi JKK yang juga selaku pengasas kampung pada masa itu iaitu Puan Hajah Itamah Bt Otoh. PARIS kemudiannya telah diterjemahkan melalui singkatan daripada :- 

  • P     -  Perkampungan
  • A     -  Anak
  • R     -  Rakyat
  • I      -  Islam
  • S     -  Sabah  

Ianya membawa maksud bahawa Kampung ini didiami seramai 95% penduduk beragama Islam dan selebihnya adalah daripada agama lain. Pada masa kini, pembangunan Kg. Paris telah melalui fasa ke-3 dan Paris telah diiktiraf menjadi 1 mukim dengan pertambahan 6 buah kampung menjadi 7 buah kampung kesemuanya termasuk Kampung Paris 1.  

Sumber dari fail JKK Kampung Paris 1977 -  En. Shariff Mislin Sh. Bakir (SU JKK Pertama Kg. Paris 1)

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 24 Mac 2010 )
 
 
 
 

Pusat Jalurlebar Komuniti CBC