Utama
 

Menu Utama
Utama
Maklumat Setempat
Komuniti
Sosio Ekonomi
Infrastruktur
Galeri Foto
Pautan
Carian
Hubungi Kami
Kalendar
Jam




 

Terakhir Dikemaskini
 May 25, 2010, 5:30 pm 
Terbaru Dikemaskini
Waktu Solat
Undian
This Joomla! installation was ....
 
Statistik Pengguna
Lawat Semalam: 12
Lawat Hari Ini: 5
Jumlah Lawat: 5013

 
Maklumat Am
Index Artikel
Maklumat Am
Muka 2
Muka 3

 

 

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

Image   Image

Image

     Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo (lihat peta) dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah juga dikenali sebagai 'Sabah, Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada dibahagian luar dan selatan zon ribut. Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu), yang sangat popular dibuat pisang goreng. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.

Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Sabah

 

Kota Kinabalu

 

Image Image

Image

     Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di bahagian pantai barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandaraya pada 2 Februari 2000.

Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu

Daerah Kinabatangan

Image

Sungai Kinabatangan

 

ImageImage

 

 

     Pekan Kota Kinabatangan merupakan pusat pentadbiran daerah ini. Kawasan yang merupakan laluan utama Sandakan-Tawau, telah menjadikan pekan ini sebagai tempat persinggahan utama para penduduk setempat serta para pelancong yang melalui kawasan ini. Kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang wujud seperti kemudahan elektrik, bekalan air paip, majlis daerah, balai polis, hospital daerah, jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan di pekan ini dapat membantu penduduk menjalankan sebarang urusan dengan lebih baik tanpa perlu ke pusat bandaraya Sandakan. Namun begitu, setakat ini Kota Kinabatangan masih bergantung kepada Daerah Sandakan dan Lahad Datu untuk keperluan sosioekonomi dan sebagainya. Dianggarkan seramai 80 000 penduduk tinggal di Daerah Kinabatangan.

     Sungai Kinabatangan yang panjangnya 560 km, terletak berhampiran dengan Daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan dari barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.

 

Image

     Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari Daerah Sandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun, loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.

 

Image


     Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .



Terakhir dikemaskini ( Selasa, 23 Mac 2010 )
 
 
 
 

Pusat Jalurlebar Komuniti CBC